Dalai adalah nama sejenis tumbuhan. Ia tumbuh dikawasan yang selalunya dekat dengan air. Masyarakat Dusun di Sabah, Malaysia menggunakannya untuk dua hal.
1. Ubat Selesema
Dari banyak-banyak ubat alternatif lain, masyarakat Dusun menyarankan tumbuhan ini khas untuk bayi. Ia tidak perlu diminum atau dimakan tapi untuk air mandian sahaja. Memang berkesan!
2. Alat Perhiasan
Buah dari tumbuhan ini pernah digunakan sebagai perhiasan oleh wanita Dusun masa dulu.
biasanya sebagai rantai leher (necklace). Hari ini kita tidak lagi nampak perhiasan seperti ini walaupun ditamu-tamu mingguan atau di pasar-pasar.